Ada yang berjuang untuk Hak Asasi
Ada yang berjuang untuk menentang Rasuah
Ada yang berjuang untuk Isu Minyak
Ada yang berjuang untuk Kebajikan Rakyat
Ada yang berjuang untuk Agama
Ada yang berjuang untuk Keadilan
Saya tercari - cari
Saya tertanya - tanya
Saya terfikir - fikir
Siapa ?
Mana ?
Bila ?
Dari kiri ke kanan
Dari bawah ke atas
Dari Perlis ke Sabah
Dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat
Dari Cina ke India ke Melayu
Bahasa Kebangsaan
Bahasa Perpaduan
Bahasa Jiwa Rakyat
Bahasa kita siapa yang benar - benar ikhlas perjuangkan ?
Bangsa mereka sendiri
Lebih berminat berjuang hak ekonomi dan politik
Sehinggakan dikatakan krisis
Lebih berminat tentang soal ketuanan
Berbanding bahasa pertuturan nenek moyang turun - temurun
Wahai pemimpin - pemimpin
Sini Atlantuya
Sana Anwar
Seberang Minyak
Hulu Ketuanan Melayu
Hilir HINDRAF
Mana sudutnya untuk BAHASA KEBANGSAAN ?
Hidup dan Ketuanan Melayu bukan diukur dari segi status , kekayaan dan kuasa tetapi BAHASA KAMU SENDIRI ! Sejarah ketamadunan manusia telah membuktikan status , kekayaan dan kuasa tidak akan berkekalan tetapi BAHASA YANG AKAN HIDUP UNTUK BERATUS HINGGA BERIBU TAHUN AKAN DATANG. WAHAI BANGKITLAH ! SEDARILAH RAKYAT MALAYSIA !
ORANG BUKAN MELAYU TERIMALAH BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA KITA !
